Sisipan Team Joran

10/06/2010 09:02

Anda boleh bersama-sama saya dalam cabaran Joran. Saya akan membakar semangat anda sebagai kaki joran dengan berita-berita menarik dan petua-petua menangkap ikan cara modern.

Back

KOH ADANG

     Tanggal 13 Disember 2007 merupakan hari yang amat gembira buat ku.Dua tiga hari sebelum itu aku agak sibuk.Aku mengemas peralatan dan kelengkapan dalam menjayakan misi Koh Adang. Kubelek dan kupastikan set joranku mencukupi.Aku tak mahu kegagalan misi yang lalu berulang lagi.Dalam kesibukan itu,semangat yang berkobar-kobar menerjah ke kalbuku. Tidak sabar-sabar rasanya ku menuju ke destinasi tersebut. Aku dapat rasakan tarikan hebat si pemangsa bersaiz mega.

            Tepat jam 8.00 pagi team joran kami meninggalkan kampung halaman menuju ke Utara Semenanjung.Satu setengah jam berlalu perjalanan kami dan akhirnya tibalah di sempadan iaitu Wang Kelian.Segala urusan perjalanan dan pas sempadan diurus oleh Johak,ketua ekspidisi ini. Sebaik menjejakkan kaki  di situ semangatku bertambah-tambah.Tak sabar rasanya untuk mempercepatkan perjalanan ini.Aku dapat banyangkan wajah Tekong Mamat  yang sedia menunggu kami di Jeti Pak Bara.Mamat amat popular dalam kalangan kaki pancing dari pelusuk dunia.Bukan Malaysia sahaja malahan Australia dan melangkaui benua Amerika.Kerap kali wajahnya terpapar dalam majalah joran mahupun dada-dada akhbar.

            Perjalanan selama dua jam dari sempadan amat menjemukan.”He,Li..bangun! Apa tunggu la? Kita dah sampai” sergahku. “Turunkan barang-barang masing-masing,” pekik Johak selaku ketua misi. Dua puluh minit masa yang diambil untuk mengangkat kelengkapan kami ke dalam bot.”Ok,semua dah pasti!”pekik Johak lagi.

            Bot kami bergerak perlahan-lahan meningalkan Jeti Pak Bara. Tekong Mamat memecut laju. Katanya untuk menyahut sotong di sebuah pulau ditengah-tengah perjalanan, bagi dijadikan umpan. Tak kurang juga sotong itu menjadi umpan kami bila direbus bersama Maggi.Oh! Sedapnya tidak terhingga.

” Op…op….,turunkan sauh!,”Mamat mengarah Man pembantunya.Man orangnya pendiam tetapi mengalahkan Chef Wan kerana masakannya membuatkan kami berhenti memancing.Manakan tidak ikan segar dipelbagaikan masakkan,tambah-tambah lagi masakan Thailand yang terkenal keenakkannya. Aku dan rakan-rakan mengmbil kesempatan melepaskan lelah setelah berjam perjalanan. “Keun…Keun..Kin Kau deh..Nasi dah masak,”panggil Man dengan loghat Thailand bercampur Melayu. Sebenarnya Man tidak pandai berbahasa Melayu,hanya beberapa kerat sahaja, itupun kerana sentiasa bersama-sama dengan orang Malaysia yang datang memancing.

            Bayu dingin mula menghembus. Jam telefon bimbitku menunjukkan pukul 8.12 malam. Kami membantu Man dan Mamat memasang peralatan menyaut sotong.Tiga kali kami menyahut sotong sudah memadai untuk bekalan umpan selama tiga hari.Sotong-sotong hidup itu dikurung di dalam perut bot. 2.05 pagi kami bertolak menuju destinasi yang diidamkan.Ke mana? Sudah tentu perairan antarabangsa.

            Menurut cerita rakanku, Adang merupakan lokasi memancing yang hebat.Banyak sepsis mega berkampung di sini.Malam yang sejuk itu menghairankan aku.”Cantiknya,macam bandaraya Pulau Pinang saja,”sangkaanku. Sinaran lampu neon yang berwarna-warni persi sebuah bandar raya. Aku kagum.Aku bingkas bangun. Zali,Mail.Dolah,Di,Det dan Hashim tidak sedarkan diri bagai bangkai di tepi jalan. Jam telefon menunjukkan angka 6.00 pagi.Rupa-rupanya kerlipan lampu neon itu datangnya daripada bot-bot nelayan.Hanya pulau-pulau yang berselerakan yang tidak berpenghuni mengelilingi bot kami.

            Kesempatan awal aku gunakan sebaik-baiknya tak kala sauh berlabuh.Ku mencangkuk sotong hidup lalu melabuhkan kira-kira satu depa dari dasar lautan. Belum pun sempatku memanggil rakan-rakan,Derek kelili Daiwa berdesing.Kucapai joran Seahawkku dengan pantas lalu mengawal situasi yang mendebarkan itu. Peluh dingin meleleh di seluruh badanku. Lututku juga menggigil disulami degupan jantung yang agak kuat. Aku cuba mengawal keadaan ini dengan baik. Tiga puluh minit berlalu,aku melayan si mangsa,namun tiada kelibat. Akhirnya mangsa menyerah kalah.

“Wow…Gt…Gt..Tolong ambilkan kancu!”suaraku memecah kesunyian pagi itu. Mamat bingkas bangun sambil mencapai kancu berhampirannya.

Tekong bot mengangkat mangsa dengan berhati-hati dan meletakkan di atas penimbang. Jarum penimbang menunjukan angka 14.”Wou,boleh tahan juga besarnya,”sambung Li.

            Tanpa membuang sesaatpun rakan-rakanku sibuk melabuhkan umpan kerana aku telah memberi semangat awal buat mereka.Lenguh tangan dibuatnya melayan sentapan pelbagai spesis. Aku terduduk keletihan di dinding bot. Tak dapat dibayangkan perasaanku ketika itu.

            Dipendekkan cerita setelah tiga hari dua malam kami beransur-ansur meninggalakan lubuk yang memberi seribu kepuasan buat kami.Dua tong merah yang biasa digunakan oleh peniaga ikan penuh dengan hasil tangkapan.”Puas…puas..misi kali ini ,“kata Di. Begitu juga rakan-rakanku yang lain.

Tip Memancing Ikan Sungai.

Pok Mud's Menjawab: Ikan sungai aktif awal pagi, senja

2010/08/07

SOAL: Bilakah waktu sesuai memancing ikan di sungai air tawar? Apakah umpan yang sesuai dan tekniknya sama ada pancing dasar atau pelampung.

PEMANCING PEDALAMAN

JAWAB: Kebanyakan ikan sungai aktif awal pagi, lewat petang dan malam. Ketika cuaca terang dan panas, ikan sungai lebih gemar berselindung di celah reba dan batu. Antara umpan yang sesuai untuk ikan sungai air tawar ialah udang, sawit, buah ara, cengkerik, cacing, belalang, anak ikan seluang, cebisan roti, dedak khas dan macam-macam lagi buah hutan dan serangga yang boleh dijadikan umpan bergantung kepada spesies yang diburu. Kedua-dua teknik dasar dan pelampung boleh digunakan. Fakta menunjukkan teknik dasar menjadi pilihan kerana sungai air tawar adalah cetek. Jadi tiada masalah untuk memancing ikan permukaan dan dasar dengan umpan dilabuhkan terus ke dasar.

Udang gonggong umpan

SOAL: Apakah panduan dan teknik memancing udang galah ketika arus deras serta air mula pasang?

KAKI UDANG.
JAWAB: Ketika arus deras, cari kawasan olak atau reba di mana airnya tenang. Ketika arus deras, udang galah lebih gemar menyusup di bawah timbunan reba kayu dan celah reba pokok nipah. Memancing di kawasan ini ketika arus deras boleh membuahkan hasil.

Apabila air bergerak pasang, udang mula keluar berkeliaran di serata kawasan luar reba. Lontar umpan di kawasan luar dan tengok lubuk mana yang cepat umpan digonggong sang udang galah. Ketika bunga pasang udang galah lebih aktif dan mudah dipancing berbanding ketika arus laju.

Kakap merah Cakerawala
Oleh Zulhilmi Hat

2010/06/12

FENDI memperoleh kakap meraj berskala 2 kilogram yang membaham sotong.
FENDI memperoleh kakap meraj berskala 2 kilogram yang membaham sotong.

TUMPAT: Hasil tangkapan 170 kilogram (kg) bagi trip enam hari lima malam ke Lubuk Cakerawala dianggap tidak berbaloi bagi team jig ini. Namun demi minat, semua itu tidak dipedulikan kerana yang penting kepuasan mereka menarik ikan yang tidak henti-henti membaham jigs di lubuk berhampiran sempadan Thailand itu.

Team jig - Pin, Shadan, Indra, Aziz, Ben, Zaidi, Fendi, Zahari, Jess, Amran dan Khai berkunjung ke lubuk itu yang mengambil masa perjalanan 16 jam dari jeti di sini. Tekong Rosi dipilih mengemudikan bot membawa pemancing tegar dari Kuala Lumpur itu ke lubuk yang terkenal dengan ikan merah dan ebek XL.

Jam 2 petang, bot singgah di lubuk kapal karam mencari sotong segar sebagai umpan ikan merah. Satu tong sotong dicandat di situ. Seterusnya, Rosi mencari unjam di lubuk karang lumut mencari ikan kembong dan kira-kira tiga tong spesies itu dipancing menggunakan apollo. Setibanya di Lubuk Cakrawala esok paginya, mereka yang sudah puas melelapkan diri bergegas melabuhkan joran dengan kekili elektrik. Mereka memilih umpan sotong. Belumpun mencecah dasar sedalam 50 meter, umpan Shadan diragut mangsa pertama. Set kekili Commad X6 dengan joran Shimano Backbone membengkok hampir mengena tepi bot.

Shadan hanya memerhatikan jorannya membengkok. Beliau hanya membiarkan kekili elektriknya melakukan kerja dan akhirnya ikan merah berskala 5 kg terkulai di permukaan air. Ikan pertama terbesar awal hari itu.

Fendi, Indra dan Amran turut mendapat sentapan serentak pada kekili elektrik mereka. Kekili masing-masing dibiarkan menggulung tali perlahan dan kakap merah bersaiz 2, 4 dan 5 kg dinaikkan.

Keadaan itu berterusan hingga lewat petang apabila hujan mula turun. Ikan kurang memakan umpan. Mereka mengambil masa berehat bagi menyambung aktiviti memancing pada sebelah malam.
Menjelang malam, Rosli yang berpengalaman hampir lima tahun di lubuk itu menyarankan pelanggan menggunakan jig besi bagi memikat ikan jenahak, ebek dan merah. Cadangan beliau nyata tepat apabila kepingan jig 80 gram Sure Catch warna merah milik Zaidi disambar mangsa yang kemudian cuba lari ke bawah bot.

Zaidi yang tahu muslihat ikan ebek itu merendahkan hujung joran untuk mengelak tali terkena bucu bot. Kekili Shimano datar miliknya mengeluarkan tali 30 paun secara menerus walaupun sistem seretan diselaraskan separa maksimum.

Beliau tenang menghadapi tentangan dan kemudian menggulung tali berhati-hati kerana bimbangkan mulut ikan itu koyak jika sentapan kasar dilakukan. Ebek seberat 15 kg dinaikkan dan dinobatkan ikan terbesar trip itu.

Selama memancing di lubuk itu, ikan seperti merah, jemuduk, kerapu, tongkol, gerong belang, pisang, cermin, ebek dan kerapu bara yang semuanya seberat 170 kg dipancing. Semua dibahagi sama rata sepadan dengan kos RM600 tiap seorang untuk menyertai trip yang cukup menggembirakan itu.

Jelawat Gewang
Oleh Zulhilmi Hat

2010/07/03

pix_gal0

MALIM NAWAR: Kejadian ikan jelawat membaham gewang masih terngiang-ngiang di kepala Geng Pikok (GP) yang berkunjung ke sini, April lalu.

      Mana tidaknya, spesies Leptobarbus hoeveni itu jarang sekali menyambar gewang dan hanya boleh dipancing menggunakan hirisan kelapa sawit dan dedak. Bayangkan, ia menghentam Storm-Flutterstik Madflash yang belum sempat dikarau.

      April lalu, Geng GP iaitu Zali, Abu, Zuhrah, Eli dan Sudel yang mengaturkan trip susulan, sebenarnya memburu ikan peacock bass dan toman yang banyak mendiami bekas lombong di situ. Perjalanan dari Petaling Jaya seawal jam 4 pagi menuju ke Gopeng memakan masa hampir dua jam. Sesudah solat subuh di hentian Tapah, mereka bergegas menuju lokasi pertama di lombong berselirat dekat sini.

      Sasaran pertama ialah bekas lombong sebesar dua padang bola sepak yang pernah menobatkan Zali dengan ikan toman 5 kilogram (kg) tahun lalu.

      Zali yang menggunakan kekili Daiwa- Sweepfire yang dipadankan Abu Garcia- Ultracast membuat balingan pertama di lokasi tanjung lombong dan disusuli Abu, Zuhrah, Eli dan Sudel yang tidak jauh antara satu sama lain.

     Pilihan gewang kesukaan beliau iaitu pensil Storm-Flutterstik berwarna putih 10 sentimeter (cm) seakan anak seluang yang dibaling, terus disambar toman ketika gewang jatuh berhampiran kawasan pokok teratai.
     Tali sulam Spiderwire 15 paun (lb) memecut laju di bawah teratai yang menjadi habitat ikan persis kepala ular itu membuat serang hendap. Akhirnya toman remaja berskala 2 kg didaratkan.

     Perlawanan tidak habis begitu saja, Zuhrah yang menggunakan Rapala-Tail Dancers warna merah turut disambar ikan sama. Pertarungan cukup singkat apabila ikan toman hampir 3 kg yang mengena cedera pada bahagian badannya dipercayai bergaduh sesama sendiri merebut wilayah.

     Kira-kira jam 10.30 pagi, Eli yang gagal mendapat ikan di lombong pertama mengajak rakan mencuba di lombong sebelah pula yang hampir 70 peratus dipenuhi teratai.

     Sekali lagi Zali yang menggunakan gewang sama tetapi berlainan iaitu biru, putih dan oren yang membuat balingan ke tengah lombong dan terus dihambat ikan yang tidak dapat dikenal pasti.

     Larian mangsa seakan ikan tongsan memaksa Zali melaraskan sistem seretan separa maksimum kerana bimbang ikan menuju ke reba di tanjung lombong. Beliau yang sudah menjangkakan taktik licik mangsa bergegas mengangkat joran supaya ikan bergerak ke kawasan terbuka.

     Teknik itu nampak berkesan apabila jelawat bersirip kuning emas berskala 2 kg akhirnya didaratkan. Beliau yang belum pernah mendapat hasil sebegini bersorak kegembiraan yang kemudian mengambil gambar sebagai kenangan.

     Kira-kira jam 5 petang, aktiviti memancing ditamatkan ekoran cuaca gelap yang menandakan hujan akan turun. Tangkapan lima peacock bass, tiga ekor toman dan seekor jelawat cukup memadai dalam trip yang dianggap istimewa ini.

PETUA

Tip Umpan: Kelkatu efektif untuk ikan air tawar
 
UMPAN kelkatu (white ant) yang biasanya ditemui selepas hujan ketika waktu senja cukup digemari dikalangan pemancing ikan air tawar seperti talapia, puyu, tengas, lampam dan temakang.

UMPAN kelkatu (white ant) yang biasanya ditemui selepas hujan ketika waktu senja cukup digemari dikalangan pemancing ikan air tawar seperti talapia, puyu, tengas, lampam dan temakang.

Asalnya terbentuk dari serangga anai-anai yang dianggap musuh utama kepada penghuni rumah dan pemilik ladang, saudaranya iaitu kelkatu sangat efektif digunakan untuk umpan ikan air tawar ini.

Ciri-ciri lain pada kelkatu iaitu mempunyai dua bahagian abdomen, sepasang sesungut dan dua pasang sayap berwarna perang cerah seluruhnya, mudah tertanggal apabila terkena air atau ketika jatuh di atas tanah.

Kebiasaannya habitat kelkatu boleh ditemui dalam busut atas tanah atau pokok dan kemudiannya akan terbang mencari kawasan baru untuk membina koloni barunya.

Dalam koloni kumpulan ini, terdapat beberapa lapisan atau kasta yang diklasifikasikan sebagai raja, ratu, askar dan pekerja yang mempunyai tanggungjawab penting iaitu membina sarang diperbuat daripada tanah. 

Di negara ini, terdapat sekurang-kurangnya 175 spesies dan 42 genera anai-anai. Spesis yang biasa ditemui adalah dalam kumpulan Kalotermitidae, Rhinotermitidae dan Termitidae. 

Umpan kelkatu mudah dicari apabila menjumpai kumpulan berterbangan berhampiran cahaya lampu rumah atau bangunan. Cara untuk menangkapnya adalah mudah dengan mengutip serangga ini yang terjatuh berhampiran kawasan lampu tadi selepas sayapnya gugur selepas itu.

Dalam arena memancing, teknik pancing menggunakan joran teleskopik sangat berkesan dengan menggunakan umpan ini. Mata kail kecil bersaiz tujuh yang dicangkukkan dari bahagian abdomen belakang hingga kepalanya.

Search site

© 2010 All rights reserved.