FORUM

Ruangan Forum

Assalamualaikum,kepada rakan-rakan mahupun sesiapa saja dipersilakan menghulurkan pandangan dan buah fikiran mengenai tajuk-tajuk forum yang akan dimuatkan nanti. Bukan apa, cuma daripada berbual kosong lebih baik berbual mengenai ilmiah, ada juga untungnya.

 

Tajuk Forum Minggu 1 (Julai)

Kesan dialek dalam masyarakat pelbagai latar belakang boleh menyumbang kepada kecelaruan Bahasa Melayu itu sendiri.Setuju atau tidak setuju?

Sila beri pandangan anda, terima kasih.

Tajuk Forum Minggu 4 (Julai)

Cara belajar yang baik dan konsisten boleh membantu seseorang pelajar mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajarannya.

Sila beri pandangan anda, terima kasih.

Tajuk Forum Minggu 2 (Ogos)

Mengapa pelajar-pelajar Melayu kurang cemerlang dalam peperiksaan Kertas Bahasa Melayu berbanding pelajar-pelajar bukan  Melayu?

Berikan pandangan dan buah fikiran anda.

Tajuk Forum Minggu Ke- 2  Julai 2013

Media merupakan medium utama dalam memperkasakan Bahasa Melayu di Malaysia. Jadi, sejauh manakah peranan media di Malaysia bagi memertabatkan Bahasa Kebangsaan ini?

Topic: FORUM

Date
By
Subject

kegunaan dialek

Saya bersetuju dengan pandangan Hidayat.Walaupun kita dapat menggunakan dialek tempatan tetapi ia akan mengelirukan kita sendiri.Jika menggunakan dialek tempatan ketika menjawab peperiksaan atau berbual mungkin ia akan membuatkan sesiapa yang membaca atau mendengar akan berasa keliru.

Date
By
Subject

dialek

Kami bersetuju dgn pendapat cikgu.Punca kecelaruan percakapan berpunca daripada masalah dialek yang berleluasa di negara kita.Masalah ini akan mengganggu murid-murid seperti kami pada waktu peperiksaan bahagian penulisan (karangan)

Date
By
Subject

Re: dialek

Jika begitu elakkan menggunakan dialek tempatan agar tidak berlaku kecelaruan.Jikalau selalu menggunakan dialek tempatan mungkin percakapan kita akan menjadi pelat.

Date
By
Subject

Re: Re: dialek

Sya bersetuju dgn pendapat saudari Fatin dan saudari Ommi.

Date
By
Subject

DIALEK KAMPUNG

SAYA BERSETUJU KERANA KITA SUDAH SELESA AKAN DIALEK KAMPUNG.JIKA PERGI KE NEGERI ORANG, MEREKA TIDAK AKAN FAHAM DIALEK KITA.

Date
By
Subject

Re: DIALEK KAMPUNG

oleh itu,kita haruslah sentiasa bercakap menggunakan bahasa rasmi kita.

Date
By
Subject

dialek

saya bersetuju kerana dengan percakapan dialek secara berleluasa semua orang khususnya pelajar akan terikut-ikut dialek itu dan akan menulisnya dalam karangan sekaligus mengurangkan markah bagi ujian yang diambil itu.....

Date
By
Subject

penggunaan dialek

saya bersetuju kerana penggunaan dialekpelbagai latar belakang akan menyebabkan penulisan kita menjadi agak terganggu dan akan mendapat banyak salah.

Date
By
Subject

Re: penggunaan dialek

saya memang bersetuju dengan pendapat fathiyah.Dengan percakapan dialek yang pelbagai latar belakang secara tidak langsung penulisan kita juga akan dipengaruhi.

Date
By
Subject

Re: Re: penggunaan dialek

terima kasih saya ucapkan kepada kamu. saya berharap kamu juga pandai membezaka yang mana satu dialek kampung dan mana satu dialek buku.

Items: 31 - 40 of 48

<< 1 | 2 | 3 | 4 | 5 >>

Search site

© 2010 All rights reserved.