FORUM

Ruangan Forum

Assalamualaikum,kepada rakan-rakan mahupun sesiapa saja dipersilakan menghulurkan pandangan dan buah fikiran mengenai tajuk-tajuk forum yang akan dimuatkan nanti. Bukan apa, cuma daripada berbual kosong lebih baik berbual mengenai ilmiah, ada juga untungnya.

 

Tajuk Forum Minggu 1 (Julai)

Kesan dialek dalam masyarakat pelbagai latar belakang boleh menyumbang kepada kecelaruan Bahasa Melayu itu sendiri.Setuju atau tidak setuju?

Sila beri pandangan anda, terima kasih.

Tajuk Forum Minggu 4 (Julai)

Cara belajar yang baik dan konsisten boleh membantu seseorang pelajar mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajarannya.

Sila beri pandangan anda, terima kasih.

Tajuk Forum Minggu 2 (Ogos)

Mengapa pelajar-pelajar Melayu kurang cemerlang dalam peperiksaan Kertas Bahasa Melayu berbanding pelajar-pelajar bukan  Melayu?

Berikan pandangan dan buah fikiran anda.

Tajuk Forum Minggu Ke- 2  Julai 2013

Media merupakan medium utama dalam memperkasakan Bahasa Melayu di Malaysia. Jadi, sejauh manakah peranan media di Malaysia bagi memertabatkan Bahasa Kebangsaan ini?

Topic: FORUM

Date
By
Subject

Re: penggunaan dialek

betul tu..... saya juga ingin menambah sedikit pendapat adik fathiyah...
kita juga akan menjadi keliru apabila hendak menjawab soalan pemahaman kerana ada sesetengah perkataan yang jarang kita dengar dan gunakan...
terima kasih..

Date
By
Subject

dialek

saya bersetuju kerana saya sendiri pun keliru ketika belajar didalam kelas.

Date
By
Subject

dialek

Kecelaruan ini juga akan membuatkan sesetengah murid tidak dapat memahami dialek tersebut.Jadi elakkan penggunaan dialek tempatan ketika menjawab soalan peperiksaan atau pembelajaran.

Date
By
Subject

dialek

Saya bersetuju dengan cikgu.Ia akan mencelarukan percakapan saya dan rakyat Malaysia seperti dialek Kedah, Kelantan dan lain-lain lagi.

Date
By
Subject

kecelaruan dialek

saya bersetuju kerana penggunaan dialek pelbagai latar belakang boleh menyebabkan kita sendiri keliru ketika menjawab soalan peperiksaan ataupun ketika waktu pembelajaran.pelajar selalunya akan menggunakan bahasa dialek mereka ketika belajar.

Date
By
Subject

Re: kecelaruan Bahasa Melayu

Kebanyakan murid di kawasan pedalaman selalu membuat kesilapan dalam menggunakan laras bahasa yang betul ketika menulis dan juga aktiviti lisan.Mereka selalu menyelitkan dialek ibunda mereka dalam penulisan dan perbualan . Perkara ini boleh mengganggu keunggulan bahasa yang diguna secara rasmi di negara ini.Dialek setempat sememang tidak diiktiraf sebagai bahasa rasmi kerana dialek ini hanya digunakan dan difahami oleh sesetengah golongan atau etnik sahaja.

Date
By
Subject

dialek

saya kurang setuju dengan pendapat saudara. ini disebabkan ....

Date
By
Subject

Re: dialek

disebabkan ape??????

Items: 41 - 48 of 48

<< 1 | 2 | 3 | 4 | 5

Search site

© 2010 All rights reserved.